Cari @ Amanz

Spotify melalui penawaran Spotify Premium sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna memuat-turun lagu dan mendengarnya secara luar-talian tanpa menggunakan internet. Sebelum ini, had lagu yang boleh dimuat-turun adalah hanya sehingga 3,333 lagu untuk sesuatu peranti.

Spotify

Hari ini, Spotify mengubah angka berkenaan, dan menawarkan kebolehan untuk memuat-turun sehingga 10,000 lagu untuk didengar secara luar-talian pada sesuatu peranti. Malah, kini Spotify turut membolehkan anda memuat-turun lagu untuk didengar secara luar-talian pada sehingga 5 peranti – sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan lagu yang boleh anda muat-turun pada sesuatu masa adalah 50,000.

Dengan penawaran baru ini, ia mungkin menarik lebih ramai pengguna melanggan perkhidmatan Spotify – apatah lagi membolehkan anda memuat-turun lagu untuk didengar dari lokasi dengan sambungan internet yang laju, dan mendengarnya di rumah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd