Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sedia mempunyai perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih dinamakan TMgo. Ia merupakan salah satu perkhidmatan 4G LTE daripada TM yang telah diperkenalkan tahun 2014 yang lepas dalam bentuk prabayar.

Berbeza dengan Unifi Mobille, TMgo ditawarkan untuk digunakan bersama modem mudah-alih dan bukannya pada telefon pintar.

TMgo

Walaubagaimanapun, kini dengan penawaran Unifi Mobile dalam bentuk prabayar dan juga pascabayar pihak Telekom Malaysia dilihat akan menamatkan perkhidmatan TMgo tidak lama lagi.

Melalui emel yang telah mula dihantar kepada para pelanggan TMgo, Telekom Malaysia mengatakan pengguna tidak boleh membuat tambah-nilai bermula 19 September 2018, dan perkhidmatan berkenaan akan mula dinyah-aktifkan pada 19 Disember 2018 kelak.

Pihak Telekom Malaysia dilihat seperti tidak menawarkan peralihan ke Unifi Mobile bagi pelanggan sedia ada, dan lebih kepada menamatkan perkhidmatan TMgo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd