Illegear Raven Kini Ditawarkan Dengan Pilihan Skrin 144Hz Dan GeForce GTX 1060 6GB

Illegear Raven Kini Ditawarkan Dengan Pilihan Skrin 144Hz Dan GeForce GTX 1060 6GB

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Illegear hari ini mengumumkan tiga pilihan kustomasi baru untuk komputer riba Raven mereka. Pengguna kini boleh memilih skrin 15,6″ FHD IPS LCD, papan kekunci GENESWITCH Mechanical Keyboard v2 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB.

Untuk menggunakan skrin ini pengguna perlu menambah RM349 kepada harga asas komputer riba. Papan kekunci baharu ini pula dikenakan caj RM 199 yang dilengkapi sistem RGB empat zon. Harga jualan model asas tanpa sistem operasi dengan kad grafik GeForce GTX 1060 6GB pula adalah seperti di bawah.

  • Intel Core i5-8300H, GTX1060 6GB, papan kekunci membran, 8GB DDR4, 1TB 7200, Intel 9462, Free DOS – RM4448
  • Intel Core i7-8750H, GTX1060 6GB, papan kekunci membran, 8GB DDR4, 1TB 7200, Intel 9462, Free DOS. – RM4797

TIPS & ULASAN