LG Menjadualkan Pengenalan LG V40 ThinQ Pada 4 Oktober
LG

LG Menjadualkan Pengenalan LG V40 ThinQ Pada 4 Oktober

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Dengan pengenalan peranti baru daripada Samsung dan Apple untuk penghujung tahun ini, semestinya ramai menantikan apakah penawaran daripada pengeluar-pengeluar peranti lain seluruh dunia.

Terkini, LG telah mengumumkan yang mana LG V40 ThinQ akan diperkenalkan pada 4 Oktober kelak.

Melalui video acah yang dikongsikan LG, ia turut memperlihatkan kepada keupayaan kamera yang dilihat menawarkan sokongan zoom optikal bersama-sama dengannya.

Mengikut desas-desus sebelum ini, LG V40 dijangka hadir dengan tiga-kamera belakang, selain mungkin menyertakan dwi-kamera hadapan – menjadikannya mempunyai sejumlah lima kamera pada peranti berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 4 Oktober ini untuk melihat kejutan yang dibawakan oleh LG.


TIPS & ULASAN