Apple telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, Apple Watch Series 4 secara rasminya pada awal pagi ini. Ia menawarkan rekaan skrin yang lebih besar, sokongan tindak-balas haptik melalui pemutar Apple Watch, selain turut menyertakan sokongan ECG.
Menggunakan ECG ia menggunakan beberapa sensor terbina dalam mengetahui dan memantau irama denyutan jantung, sekaligus membolehkan doktor mengenal-pasti sebarang masalah dengan jantung pengguna.
Ciri ini akan hadir kepada pemnbeli Apple Watch Series 4 selepas penjualan jam tangan pintar ini kelak – dan pengguna akan memerlukan sebuah aplikasi khusus untuk menggunakannya.
Walaubagaimanapun, agak mendukacitakan kerana penawaran ciri ini hanya terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja untuk peringkat permulaan – dan masih tidak mempunyai sebarang perancangan untuk pengguna luar Amerika Syarikat.
Hal ini dilihat kerana memerlukan pengesahan daripada pihak berkuasa sesuatu negara – yang mana mungkin mengambil masa yang sedikit lama berbanding kebiasaan.