Cari @ Amanz

Xiaomi kini melalui forum rasmi mereka mengumumkan perubahan polisi baru, dimana Xiaomi kini menghalang pemasang ROM Global pada peranti keluaran untuk pasaran China, dan begitu juga sebaliknya.

Menurut Xiaomi, telefon Xiaomi yang dikeluarkan untuk pasaran China tidak akan dapat menjalankan ROM MIUI Global, selain peranti Xiaomi keluaran global tidak akan boleh menjalankan ROM MIUI China.

Xiaomi turut mengalakkan pengguna mendapatkan peranti keluaran mereka melalui pengedar rasmi di lokasi mereka.

Xiaomi tidak mengatakan bilakah perubahan ini akan aktif. Berkemungkinan, kita akan melihat perubahan baru ini bermula peranti Xiaomi akan datang – memandangkan peranti sedia ada masih boleh menjalankan ROM Global tanpa masalah.

Pada masa yang sama, langkah ini juga akan melindungi pengedar Xiaomi di sesebuah negara – dimana mereka tidak perlu menghadapi masalah persaingan dengan peranti versi import, atau perlu memberi perjelasan lanjut mengenai jaminan dan sebagainya untuk peranti versi import.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd