Samsung Galaxy Note 8 Mula Menerima Fungsi AR Emoji Dan Super Slow-Motion

Samsung Galaxy Note 8 Mula Menerima Fungsi AR Emoji Dan Super Slow-Motion

Diterbitkan pada Sep 14, 2018 oleh .

Usia Samsung Galaxy Note 8 sudah lebih setahun dan cahaya lampu limpah kini menghala ke Galaxy Note 9 kerana ia model terbaru di pasaran. Kepada pemilik Galaxy Note 8, anda tidak perlu bersedih kerana beberapa fungsi yang sebelum ini hanya ditemui pada Galaxy S9, S9+ dan Galaxy Note 9 kini akan turut hadir pada peranti anda.

Pengguna di Perancis mula menerima kemaskini bulan September yang memberikan fungsi AR Emoji dan rakaman video Super Slow-Motion. Ini menjadikan Galaxy Note 8 peranti pertama dari generasi terdahulu yang menyokongnya. Selain itu peranti juga menerima tampalan sekuriti untuk bulan September 2018. Seperti biasa pengguna di rantau Asia Tenggara akan menerima kemaskini yang sama sekitar dua minggu dari sekarang.


TIPS & ULASAN