Sebelum ini terdengar beberapa ura-ura Samsung akan melancarkan peranti yang dilengkapi empat kamera tahun ini. Tiada gambar peranti ini tertiris setakat ini tetapi pagi ini akaun media sosial Samsung mula berkongsi imej acah yang mengiyakan ura-ura ini. GIF beranimasi yang dikongsi hadir dengan slogan “4X Fun” dan acara pelancaran akan berlangsung pada 11 Oktober.
Let the fun times begin, this October 11, 2018. pic.twitter.com/8zzWYAgiWB
— Samsung Mobile (@SamsungMobile) September 14, 2018
Besar kemungkinan Samsung Galaxy A7 2018 akan dilancarkan pada tarikh tersebut kerana ia sudah mula muncul pada beberapa laman pensijilan bluetooth di Eropah dan Amerika Syarikat. Misteri yang tinggal ialah adalah ia akan menggunakan konfigurasi dua kamera hadapan dan dua kamera belakang atau tri-kamera belakang dan satu di hadapan. Yang pasti Galaxy A7 2018 adalah sebuah lagi peranti kelas pertengahan dari Samsung.