Cari @ Amanz

Bulan Mei lepas, Xiaomi melancarkan Mi Band 3. Iaitu gelang tangan penjejak kesihatan generasi baru mereka. Sewaktu pelancaran, Xiaomi mengatakan variasi dengan sokongan NFC turut akan ditawarkan. Tetapi bulan lepas, kami melaporkan di mana Mi Band 3 versi NFC masih lagi dalam ujian. Baru-baru ini, Xiaomi hadir dengan Mi Band 3 edisi khas dengan sokongan NFC.

Sayang sekali, Mi Band 3 ini tidak akan dijual tetapi hanya akan diberi secara percuma kepada peminat yang bertuah. Menurut Xiaomi, hanya terdapat 666 unit sahaja untuk peminat berpeluang memenanginya.

Mi Band 3 edisi khas ini hadir dengan tali berwarna jingga, terdapat satu butang besi yang memaparkan versi ‘NFC’ dan nombor unit gelang tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd