Cari @ Amanz

Xiaomi Melancarkan ZMI Travel Assistant Z1 – Telefon Asas Dengan Sokongan Kecerdasan Buatan

Link Copied!

Pada awal bulan Ogos, Xiaomi telah melancarkan QIN iaitu telefon bimbit dengan pembantu maya mereka Xiao Ai. Kini, Xiaomi melancarkan ZMI Travel Assistant Z1 – sebuah telefon bimbit dengan ciri-ciri pintar yang menarik.

ZMI Travel Assistant Z1 (ZMI TAZ1) ini hadir dengan skrin 2.8-inci panel LCD berwarna. Selain itu, di bawah skrin terdapat papan kekunci fizikal T9, butang kawalan dan juga butang mengaktifkan penterjemah pintar. Di sisi, terdapat slot sim dan satu butang khas untuk mengaktifkan hotspot. ZMI TAZ1 ini mampu menterjemah 16 bahasa berbeza. Rekaan keseluruhan adalah mirip mana-mana telefon bimbit biasa.

Spesifikasi lain ZMI TAZ1 adalah ia hadir dengan GPS, sokongan rangkaian 4G, pembantu digital dan bateri sebesar 5000mAh. Peranti ini juga turut boleh berfungsi sebagai power bank. Selain itu terdapat satu lensa kamera di belakang dengan LED flash.

Peranti ini masih lagi dalam proses pembiayaan projek biayasama daripada JD. Dana yang ingin mereka kumpul sudah pun melebihi dari sasaran yang Xiaomi inginkan – jadi ia mungkin akan mula dijual di China tidak lama lagi.


Komen ()