Carian
Lexus ES Ialah Kereta Pertama Yang Menggunakan Cermin Sisi Digital Sepenuhnya
September 14, 2018 Effi Saharudin

Cermin sisi perlu digunakan sebelum bertukar lorong. Tetapi ketika waktu hujan lebat, adalah sukar untuk memandang ke belakang kerana cermin tingkap yang dihalang air hujan. Penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menggunakan cermin sisi digital dan Lexus ES ialah kenderaan pertama yang dilengkapi sistem Digital Outer Mirrors ini.

Cermin sisi digantikan dengan dua kamera. Imej dari kamera kemudian dipaparkan pada dua skrin LCD yang terletak di dalam kabin kereta. Tanpa halangan cermin tingkap, pemandu dapat memandang ke belakang dengan jelas. Dalam situasi biasa Digital Outer Mirrors turut akan memberikan amaran apabila mengesan objek di titik buta dan memberikan lampu hijau untuk mengubah lorong apabila tiada kenderaan lain dikesan.

Ketika memarkir pula, kamera akan melakukan zoom bagi memberikan pandangan lebih jelas lengkap dengan garisan selamat yang boleh digunakan oleh pemandu. Menurut Lexus sistem Digital Outer Mirrors ini meningkatkan keselamatan kerana memberikan pandangan yang lebih besar bebanding cermin sisi biasa.

Komen