Beberapa minggu lalu, Google dilihat menguji fungsi pelekat Minis untuk Gboard. Ia adalah pelekat yang dihasilkan berdasarkan swafoto pengguna. Pada awalnya hanya pengguna iOS dan beberapa pengguna Android terpilih sahaja boleh menggunakannya. Kini, fungsi ini telah hadir dan artikel ini akan membantu anda cara untuk menggunakannya.
1. Kemaskini
Pastikan Gboard anda telah dikemaskini pada versi yang terkini – v7.5.12.211120321.
2. Logo G
Tekan logo G pada Gboard dan pilih ikon pelekat dan tekan ikon tambah.
3. ‘Get Stickers’
Pilih ‘Get Stickers‘, tekan ‘Create‘ dan ambil swafoto.
4. Proses
Gambar swafoto tadi akan diproses dan dua tema pelekat akan dihasilkan.
5. Pilih dan Sunting
Pilih tema Bold atau Sweet dan sunting pelekat mengikut cita rasa dan terus pilih variasi pelekat yang siap dihasilkan secara automatik untuk dikongsikan.
Pelekat Minis Gboard ini boleh dikatakan mirip Samsung AR Emoji. Di mana watak pelekat adalah hasil dari swafoto. Cuma versi Gboard adalah versi 2D dan tiada GIF.