Seperti beberapa syarikat telekomunikasi lain, Celcom turut mempunyai penawaran internet jalur-lebar berkelajuan tinggi di negeri Sabah, iaitu Celcom Home Fibre dan juga Celcom Business Fibre.
Kini, selari dengan misi kerajaan untuk mengurangkan harga akses jalur-lebar dan meningkatkan kelajuan, hari ini Celcom telah mengumumkan pelan baru mereka.
Melalui pakej baru, kini Celcom menawarkan akses internet tanpa-had pada kelajuan sehingga 100Mbps pada harga RM120 sebulan, atau akses internet tanpa-had 40Mbps pada harga langganan RM80 sebulan. Seperti biasa, semua langganan turut hadir dengan penghala nirwayar secara percuma.
Pada masa yang sama, Celcom turut mengatakan kesemua pelanggan Celcom Home Fibre akan dinaik-taraf kepada kelajuan 100Mbps secara berperingkat sehingga akhir September 2018 ini.
Bersama-sama penaik-tarafan untuk pelan perusahaan, dimana pelan 40Mbps ditawarkan pada harga RM90, sementara pakej 100Mbps ditawarkan pada harga RM130. Untuk perusahaan, ia turut hadir bersama penawaran 300 minit panggilan percuma untuk semua rangkaian.