Carian
Kos Menggantikan Kerosakan Panel Kaca iPhone XS Boleh Mencecah RM2500
September 14, 2018 Effi Saharudin

iPhone XS dan XS Max mula dijual di beberapa pasaran dunia hari ini. Seperti biasa Apple akan terus memaparkan kos melakukan baik pulih ke atas peranti mereka sejurus selepas ia dipasarkan. Bagi mereka yang mempunyai hajat untuk memiliki iPhone terkini ini, kami menyarankan anda membeli kerangka tahan lasak kerana kos menggantikan panel kaca yang pecah adalah amat tinggi.

Menurut senarai rasmi Apple, kos menggantikan skrin hadapan iPhone XS ialah $279 (~RM 1154) manakala kos menggantikan panel belakang pula ialah $549  (~RM 2271). Ini ialah kos yang sama seperti iPhone X sebelum ini. Kos menggantikan skrin iPhone XS Max pula ialah $329 (~RM 1361) manakala kos menggantikan panel belakang pula ialah $599 (~RM 2478).

Ini ialah harga untuk Amerika Syarikat dan biasanya akan menjadi lebih tinggi di Malaysia. Berhati-hatilah menggunakan iPhone XS kerana kos alat ganti setanding dengan harga peranti Android kelas pertengahan.

Komen