Cari @ Amanz

Twitter hari ini mengumumkan sedikit perubahan pada rekaan antaramuka aplikasi perkhidmatan sosial berkenaan, dimana Twitter kini akan mula memaparkan pautan untuk video yang sedang distrim langsung melalui platform mereka pada bahagian atas aplikasi.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkara yang sedang berlaku dalam bentuk video secara langsung – dan tidak tertinggal untuk mengikutinya.

Twitter Live

Video yang dipaparkan pada bahagian atas ini adalah daripada akaun-akaun yang diikuti oleh pengguna. Ini bermakna, sekiranya anda tidak mengikuti akaun Twitter yang membuat siaran langsung video, maka anda tidak akan melihatnya pada bahagian atas aplikasi berkenaan.

Perubahan baru ini ditawarkan untuk pengguna Twitter di iOS dan Android secara berperingkat bermula hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd