Cari @ Amanz

Festival Sains Petrosains Kembali Untuk 2018 – Diadakan Penghujung Minggu Ini Di KLCC

Oleh Aman

Link Copied!

Petrosains sedia menganjurkan Festival Sains sejak tahun 2013 yang lepas, dan kini, ia kembali lagi sekali untuk tahun 2018. Untuk tahun ini, ia akan diadakan pada penghujung minggu ini – iaitu sehingga 16 September 2018, di KLCC.

Melalui Festival Sains ini, Petrosains memupuk dan memberikan inspirasi dalam mempelajari sains menggunakan pelbagai platform menarik dan mudah difahami. Pelbagai pameran diadakan dan memperlihatkan penggunaan pelbagai teknologi dan sains terkini untuk memudahkan penyampaian.

Festival Sains Petrosains

Untuk tahun ini, ia menyentuh tema berkaitan masa hadapan dan juga kecerdasan buatan – selari dengan fokus Revolusi Industri 4.0 yang sering diperkatakan ramai akhir-akhir ini.

Bagi anda yang berada di Lembah Klang, mungkin boleh menghadirkan diri ke KLCC, dan melihat pelbagai perkara baru dan inovasi yang bakal memberikan impak kepada kehidupan harian dalam masa terdekat ini melalui Festival Sains Petrosains pada penghujung minggu ini.


Komen ()