Instagram Bakal Hadir Dengan Fungsi Permesejan Audio Tidak Lama Lagi

Instagram Bakal Hadir Dengan Fungsi Permesejan Audio Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 15, 2018 oleh .

Instagram sedia menawarkan fungsi permesejan melalui apa yang dipanggil mereka sebagai Instagram Direct. Melaluinya, pengguna boleh menghantar teks dan gambar. Bergerak kehadapan, perkhidmatan sosial berkenaan juga dilihat bakal menambah sokongan permesejan audio tidak lama lagi.

Fungsi ini masih pada peringkat pembangunan buat masa ini, dimana ia berfungsi dengan membolehkan pengguna merakamkan audio dan menghantar ia kepada penerima di Instagram.

Langkah ini juga dilihat akan membolehkan aplikasi Instagram digunakan dengan lebih kerap untuk komunikasi.

Sebelum ini, Instagram turut telah menambah sokongan untuk membuat panggilan video melalui platform mereka.


TIPS & ULASAN