Carian
Vivo V11 Mula Menerima Kemaskini Yang Mengaktifkan Rakaman Video 4K
September 15, 2018 Effi Saharudin

Vivo V11 dilancarkan di Malaysia minggu ini dan ia antara sebahagian kecil peranti yang mempunyai pengimbas cap jari pada skrin. Sedikit mengecewakan walaupun dilengkapi pemproses Snapdragon 660, V11 tidak menyokong rakaman video pada resolusi 4K. Tetapi semalam sesetengah pengguna mula menerima kemaskini yang akhirnya mengaktifkan fungsi ini.

Kemaskini ini adalah untuk V11 Pro yang dijual di Malaysia sebagai V11. Saiz muat turun adalah sekitar 151MB sahaja. Selain rakaman 4K, kemaskini ini turut membawakan penambahbaikan keperincian skrin sesentuh, menstabilkan peranti, sistem Smart Launcher baharu serta sokongan selular yang lebih baik.

Komen