Razer Phone memulakan semula trend telefon pintar untuk permainan video enam tahun selepas kegagalan Sony Ericsson Xperia Play. Kombinasi pemproses yang pantas, audio stereo yang padu serta skrin 120Hz menjadikannya peranti yang mampu memainkan permua pada tetapan terbaik. Selepas setahun di pasaran, kini tiba masanya untuk model kemaskini Razer Phone 2.
Razer telahpun mengesahkan peranti ini akan dilancarkan pada 10 Oktober 2018 menerusi jemputan yang mula dihantar. Gambar yang dihantar mempunyai rekaan bingkai Razer Phone 2 yang sedikit sebanyak mengesahkan imej peranti yang tertiris sebelum ini. Nampaknya Razer akan mengekalkan penggunaan skrin 16:9 dengan bahagian dagu serta dahi yang besar. Ini juga bermakna sistem audio stereo pada bahagian hadapan akan turut dikekalkan.