Cari @ Amanz

Permainan video pada PC sedang mengalami zaman kebangkitan kerana kepopularan e-sukan dan tiada lagi stigma untuk mengaku diri anda adalah seorang gamer. Thunderobot 911 Air ialah sebuah lagi komputer riba gaming yang dilancarkan untuk pengguna di Malaysia.

Ia dilengkapi skrin 15.6″ IPS LCD HD penuh, menggunakan cip Intel Core i7-8750H, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti, memori sehingga 32GB RAM DDR4, storan SSD NVMe dan bateri sebesar 51Wh. Papan kekunci yang disertakan mempunyai sokongan lampu. Pilihan I/O pula ialah satu USB-A 3.1, 1 USB-C 3.1, satu pembaca kad, satu bicu audio, satu HDMI dan satu port LAN.

Kemasan brused metal digunakan pada panel penutup membuatkan 911 Air kelihatan bergaya. Berat keseluruhannya pula ialah 2 Kilogram. Thunderobot 911 Air dijual pada harga bermula dari RM 4799 sebuah dengan 8GB RAM, 128GB SSD dan 1TB HDD.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd