Terdapat banyak custom ROM yang berada di arena web. Baik dari forum pembangunan atau juga forum rasmi pengeluar peranti itu tersendiri. Kebanyakan custom ROM ini sudah siap dibina dengan GApps ataupun boleh memasang GApps pada bila-bila masa. Tetapi, /e/ adalah satu custom ROM yang lain daripada yang lain. Ia adalah Lineage OS 14.1 yang diubahsuai tanpa sebarang keperluan GApps.
Tujuan /e/ dibangunkan adalah untuk pengguna bebas daripada mana-mana perkhidmatan. Idea ini berasal daripada Gaël Duval yang menulis artikel – ‘Leaving Apple & Google… ‘. Jadi custom ROM ini adalah bebas dari mana-mana perkhidmatan, menghormati privasi pengguna serta ia mesra digunakan bagi mereka yang berusia.
Antara ciri menarik pada ROM ini adalah fungsi lokasi daripada Mozilla Network Location Provider, aplikasi emel K9 yang diubahsuai, aplikasi permesejan Signal, Telegram terbina, aplikasi cuaca, membuat nota, membuat tugasan dan pemetaan. Enjin carian di dalam ROM ini pula adalah yang diubahsuai dari Searx, tetapi pilihan Qwant dan DuckDuckGo turut boleh digunakan.
Antara peranti yang menyokong ROM ini adalah – Essential Phone PH-1, Nexus 4&5, OnePlus One/2/x/3/3T dan banyak lagi. Bagi pengguna yang ingin cuba, boleh dapatkan ROMnya di pautan di bawah.
- Cuba ROM /e/ Melalui Laman Github Ini