Samsung boleh dikatakan adalah salah satu jenama pengeluar telefon pintar yang mempopularkan penawaran sokongan pengecasan nirwayar pada telefon pintar mercu mereka. Melalui Galaxy Note 9, Samsung meneruskan penawaran ini, dan menyertakan sokongan pengecasan pantas – bukan sahaja menggunakan wayar, tetapi juga melalui pengecasan nirwayar.
Galaxy Note 9 menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh untuk pengguna sepanjang hari. Dan apabila bateri anda menghampiri tahap kritikal, anda boleh mengecasnya dengan pantas tanpa perlu menunggu masa yang lama. Berbeza dengan sebelum ini yang hanya perlu bergantung pada pengecasan menggunakan wayar semata-mata, melalui Galaxy Note 9 anda turut boleh mengecasnya melalui pengecas nirwayar dengan mudah dan pantas – termasuk ketika peranti anda basah. Telefon pintar ini boleh dicaj sehingga 60% dalam masa hanya 30 minit, atau secara keseluruhan dalam masa sekitar 90 minit.
https://www.youtube.com/watch?v=h5DhLmBgroM
Dengan penawaran ini, ia sekaligus menjadikan Galaxy Note 9 salah satu peranti yang sangat berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang – tanpa perlu risau mengenai masalah bateri akan cepat habis.
Di Malaysia, Galaxy Note 9 ditawarkan pada harga RM3699 dan boleh didapati melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara. Sekiranya anda sering risau akan berkenaan penawaran bateri pada sesuatu peranti, mungkin Galaxy Note 9 adalah peranti untuk anda.
- Layari : Samsung Galaxy Note 9
Ini adalah advertorial daripada Samsung.