Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 8 merupakan salah satu peranti mercu daripada Xiaomi untuk tahun 2018 ini, dimana ia menyertakan pelbagai spesifikasi terkini dan hadir dengan harga yang lebih kompetitif berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran. Selepas menawarkan peranti Mi 8 untuk pasaran tempatan sejak beberapa minggu lepas, hari ini Xiaomi turut telah menambah penawaran peranti mereka dalam pilihan warna putih.

Xiaomi Mi 8 hadir dengan skrin 6.21-inci AMOLED bertakuk, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 20-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3400mAh.

Dengan penawaran warna putih yang baru ini, ia sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan Xiaomi Mi 8 dalam pilihan warna hitam, biru dan putih di Malaysia. Variasi model 128GB ini ditawarkan pada harga RM1899 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd