Cari @ Amanz

Apple pada minggu ini telah hadir dengan tiga telefon pintar baru yang masing-masing dinamakan sebagai iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR. Seperti ramai sedia maklum, ia membawakan harga yang premium – dan boleh dikatakan berkali ganda tinggi harganya berbanding produk-produk yang ditawarkan oleh Xiaomi.

Di China, Xiaomi mempunyai kaedah pemasaran mereka tersendiri, dimana mereka hadir dengan penawaran berkas yang menggunakan nama dan harga jualan yang sama seperti model iPhone berkenaan.

Xiaomi menawarkan tiga berkas berbeza di sana, iaitu berkas XS, XS Max dan juga XR.

Xiaomi XS

Berkas XS hadir dengan Mi Mix 2S, Mi Notebook Air dan juga Mi Band 3 serta fon telinga Bluetooth. Sementara berkas XS Max pula hadir dengan telefon Mi 8, Mi Notebook Pro, Mi Band 3 dan juga fon telinga Bluetooth.

Dan akhir sekali, berkas XR pula hadir dengan Mi 8 SE, Mi Notebook Air, Mi Band 3 dan juga fon telinga Bluetooth.

Dengan penawaran produk dibawah ekosistem ini, mungkin ia membuatkan pembeli yang ingin mendapatkan tiga produk iPhone baru berkenaan membuat kira-kira sebelum membeli iPhone baru. Buat masa ini, penawaran berkas bersempena produk baru Apple ini hanya terhad di China sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd