Cari @ Amanz

WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang digunakan berbilion pengguna seluruh dunia. Ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri menarik, namun salah satu fungsi yang diminta ramai adalah mod tema gelap untuk WhatsApp.

Mengikut desas-desus awal, kini WhatsApp telah pun memulakan pembangunan mod tema gelap ini untuk aplikasi permesejan mereka. Sekiranya benar, kita mungkin akan melihat ia diperkenalkan secara rasminya tidak lama lagi.

Dengan adanya mod tema gelap, ia akan memberikan lebih keselesaan kepada mata ketika persekitaran bercahaya malap. Pada masa yang sama, ia juga akan menjimatkan penggunaan bateri pada peranti dengan panel paparan OLED di Android mahupun iPhone.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah kita akan melihatnya. Memandangkan ciri seperti WhatsApp Sticker yang telah diumumkan secara rasminya pun masih belum kelihatan lagi, maka ciri mod tema gelap ini mungkin mengambil masa pengenalan yang lebih lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd