(Ura-Ura) Adakah Samsung Bakal Hadir Dengan Peranti Galaxy A Menggunakan Cip Snapdragon 845?

(Ura-Ura) Adakah Samsung Bakal Hadir Dengan Peranti Galaxy A Menggunakan Cip Snapdragon 845?

Diterbitkan pada Sep 17, 2018 oleh .

Samsung sebelum ini telah memperkatakan yang mana mereka ingin membawa lebih banyak ciri-ciri peranti mercu ke peranti siri Galaxy A – sekaligus membolehkan lebih ramai anak muda untuk mendapatkan peranti berkenaan pada harga lebih kompetitif berbanding peranti mercu Samsung yang sedikit mahal.

Kini, hadir desas-desus baru mengatakan Samsung mungkin memperkenalkan sebuah telefon pintar dibawah siri Galaxy A yang menggunakan cip Snapdragon 845.

Sekiranya hal ini benar, maka kita mungkin melihat harga jualannya yang sedikit rendah berbanding Galaxy S9 – sekaligus ditujukan kepada pasaran yang lebih meluas yang inginkan spesifikasi tinggi.

Jikalau mengikut trend pasaran sendiri, kaedah seumpama ini telah mula digunakan oleh beberapa pengeluar. Sebelum ini kita telah melihat Huawei memperkenalkan peranti Nova dengan cip Kirin 970, selain Xiaomi yang memasarkan Pocophone F1 dengan cip Snapdragon 845. Malah, Apple sendiri baru-baru ini telah memperkenalkan iPhone XR dengan cip A12 Bionic.

Dengan ketirisan info baru ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran peranti baru daripada Samsung ini tidak lama lagi. Samsung juga sedia menjadualkan sebuah acara pada bulan Oktober untuk memperkenalkan peranti dengan empat kamera dibawah siri Galaxy A.


TIPS & ULASAN