OnePlus kini nampaknya ingin mempelbagaikan pendapatan syarikat mereka, dan tidak bergantung kepada pengeluaran telefon pintar semata-mata. Terkini, berkongsi mengenai perancangan tahun hadapan, OnePlus mengatakan mereka akan hadir dengan sebuah televisyen premium pada tahun hadapan, 2019.
OnePlus mengatakan melalui OnePlus TV ini mereka ingin menawarkan pengalaman sambungan pintar di dalam rumah. Pihak OnePlus tidak berkongsi lanjut mengenai penawaran baru ini, sebaliknya hanya mengatakan bakal hadir dengan rekaan premium, mengekalkan kualiti imej dan kualiti yang baik, serta kemudahan untuk berhubung antara peranti.
OnePlus sendiri mengatakan ini adalah salah satu langkah yang baru dan besar untuk syarikat mereka – apatah lagi ia merupakan sebuah kategori baru untuk syarikat berkenaan. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran televisyen pintar ini daripada OnePlus dalam bulan-bulan akan datang.