Carian
Laman Sosial Path Akan Menamatkan Perkhidmatan Pada Bulan Oktober Ini
September 17, 2018 Aman

Path merupakan salah satu laman sosial yang memfokuskan kepada privasi. Ia pada awalnya diposisikan sebagai antara pesaing kepada Facebook dan Twitter – malah turut diperkatakan menarik minat Apple dan Google untuk mendapatkannya. Namun, penggunaan perkhidmatan berkenaan semakin menurun dari hari ke hari, dan kini pembangunnya mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan berkenaan pada Oktober ini.

Path

Path akan menamatkan perkhidmatan mereka secara rasminya pada 18 Oktober 2018 ini. Bermula bulan Oktober, aplikasi Path akan dibuang daripada App Store dan Google Play – sementara pengguna akan diberikan masa sehingga 18 Oktober ini untuk memuat-turun data mereka dari laman sosial berkenaan.

Bagi anda yang masih atau pernah menggunakan Path, anda boleh memuat-turun data anda daripada laman berkenaan sebelum 18 Oktober 2018 ini.

Komen