Cari @ Amanz

Syarikat telekomunikasi sebelum ini telah diberikan tempoh sehingga penghujung Ogos 2018 untuk kemukakan cadangan pakej jalur-lebar yang baru kepada SKMM. Walaubagaimanapun, beberapa syarikat telekomunikasi dilihat tidak dapat merealisasikannya, dan kini tempoh berkenaan dilanjutkan sehingga 30 September.

Kerajaan kini memberikan lanjutan tempoh kerana perlaksanaan SST, selain beberapa masalah lanjutan yang hadir daripadanya termasuk berkaitan cukai untuk prabayar dan sebagainya. Kini, dengan masalah berkenaan telah diatasi, syarikat telekomunikasi diberikan masa sehingga 30 September untuk kemukakan pakej jalur-lebar baru kepada SKMM.

Buat masa ini, Telekom Malaysia menawarkan pakej berkelajuan 100Mbps pada harga RM129, Maxis juga turut menawarkan pakej berkelajuan 100Mbps pada harga RM129 sebulan, sementara Celcom di Sabah menawarkan pakej 100Mbps pada harga RM120. Beberapa penyedia lain masih belum hadir dengan pakej baru mereka – termasuk pihak TIME.

Kita mungkin mendengar lanjut penawaran syarikat telekomunikasi lain dalam beberapa minggu ini, sekaligus menyaksikan harga jalur-lebar turun, selain pada masa yang sama menawarkan akses kelajuan yang tinggi kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd