Cari @ Amanz

Apple hari ini telah pun melancarkan versi akhir iOS 12, sekaligus membolehkan para pengguna memuat-turun sistem operasi terbaru ini, dan menikmati pelbagai ciri-ciri yang ditawarkan bersama-sama dengannya.

iOS 12 menyertakan sejumlah ciri baru, termasuk penawaran prestasi lebih pantas, sokongan Screen Time untuk memantau masa penggunaan peranti oleh anda, sokongan notifikasi yang dihimpunkan, aplikasi Shortcuts baru, dan pelbagai ciri baru lain.

iOS 12 boleh dimuat-turun oleh semua peranti yang menjalankan iOS 11. Ini termasuk iPhone 5S dan terkini, iPad Air dan terkini, iPad Mini 2 dan terkini, serta iPad Pro.

Seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk membuat salinan pendua sebelum memulakan proses naik-taraf. Pengguna boleh memulakan proses naik-taraf ke iOS 12 ini dengan ke Settings > General > Software Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd