Cari @ Amanz

Amazfit merupakan salah satu jam tangan pintar keluaran syarikat ekosistem Xiaomi, iaitu Huami. Terkini, mereka telah melancarkan jam tangan baru yang dinamakan sebagai Amazfit Verge.

Amazfit Verge hadir dengan rekaan muka jam bulat, dan memfokuskan kepada penawaran bateri bertahan sehingga lima hari lamanya.

Amazfit Verge

Amazfit Verge menggunakan skrin 1.3-inci AMOLED, menggunakan cip dwi-teras, memori 512MB RAM dan juga storan 4GB. Ia menggunakan sistem operasi yang dibangunkan khusus – dan turut hadir dengan pembantu digital maya Xiao untuk pengguna di China.

Jam tangan pintar ini turut hadir dilengkapi dengan sokongan GPS, sensor untuk memantau kadar denyutan nadi, dan dilengkapi sokongan kalis air IP68.

Buat masa ini, Amazfit Verge hanya ditawarkan di China sahaja. Memandangkan beberapa jam tangan pintar Amazfit telah memasuki pasaran tempatan sebelum ini, kita mungkin melihat jam tangan pintar ini turut hadir ke pasaran tempatan dalam beberapa bulan. Di China, Amazfit Verge ditawarkan pada harga RMB800, iaitu sekitar RM483.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd