Carian
Twitter Akan Mengembalikan Paparan Susur Masa Secara Kronologi
September 18, 2018 Effi Saharudin

Susur masa kesemua media sosial kini menggunakan algoritma yang memaparkan status yang dirasakan ingin dilihat terlebih dahulu oleh pengguna. Masalah penggunaan algoritma ialah ia diaktifkan secara paksa tanpa fungsi yang membenarkan pengguna memilih untuk melihat susur masa secara kronologi.

Twitter mula menggunakan susur masa paparan algoritma sejak Februari 2016. Pagi ini mereka mengumumkan bakal memberikan pilihan kepada guna untuk kembali ke paparan kronologi menerusi akaun @TwitterSupport. Ujian akan dimulakan dalam minggu-minggu mendatang. Sebagai pengguna tegar Twitter, kami tidak sabar untuk mengembalikan semula susur masa ke paparan asal yang tidak memeningkan.

Komen