Carian
Xiaomi Mungkin Akan Hadir Dengan Tiga Model Mi TV Berasaskan Android TV
September 18, 2018 Fahim Zahar

Seperti yang sedia maklum, Xiaomi turut mempunyai televisyen mereka tersendiri. Akan tetapi, kebanyakan model televisyen mereka pula hanya dijual di China dan hanya beberapa model sahaja yang hadir dalam bentuk global. Kesemua Mi TV setakat ini masih menjalankan MIUI yang diubahsuai. Kini, tiga model Mi TV dikatakan akan hadir dan ia adalah Android TV-certified.

Menurut  Mi TV 4 Pro, Mi TV 4A Pro dan Mi TV 4C Pro adalah tiga televisyen tersebut. Mi TV 4 Pro akan hadir dengan sokongan skrin 4K, Mi TV 4A Pro pula hanya sokongan HD penuh dan Mi TV 4C Pro hadir dengan skrin 720p sahaja. Ketiga-tiga televisyen ini dijanan dengan cip Amlogic baharu iaitu T960X dan T950X serta hadir dengan memori sehingga 2GB RAM.

Dengan adanya Mi TV Android TV-certified ini, pengguna dengan mudah boleh menggunakan arahan suara melalui Google Assistant membuat kawalan, menikmati antaramuka Android TV baharu, serta banyak sokongan aplikasi melalui Google Play Store serta sokongan penstriman Netflix.

Mi TV 4A yang baru dijual di Indonesia beberapa minggu lalu dikatakan adalah Mi TV 4C Pro, kerana ia adalah salah satu model TV dengan Android TV-certified. Ketiga-tiga televisyen Xiaomi ini dikatakan akan dilancarkan tidak lama lagi untuk peringkat global.

Komen