Cari @ Amanz

Dego Ride merupakan salah satu perkhidmatan teksi-motosikal yang pernah beroperasi seketika pada 2017 yang lepas, sebelum kerajaan mengatakan perkhidmatan berkenaan adalah diharamkan kerana faktor keselamatan. Ketika ia beroperasi, Dego mencuri perhatian ramai pihak, termasuk menerima pelaburan dan sokongan daripada salah satu artis tempatan, Altimet.

Kini, selang setahun, Dego Ride kembali beroperasi. Perkhidmatan teksi-motosikal ini telah beroperasi secara tertutup sejak 2 minggu yang lepas, dan kini ia dilihat telah membuka perkhidmatan mereka dengan lebih meluas lagi.

Motosikal

Melalui penawaran Dego Ride, ia membolehkan pengguna menggunakannya untuk perjalanan jarak terhad – dengan maksimum sehingga 3 kilometer. Caj yang dikenakan adalah RM3 untuk 3 kilometer.

Dengan penawaran teksi-motosikal ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk lari daripada kesesakkan jalan raya terutamanya di Lembah Klang – apatah lagi dengan ramai yang mula kurang menyukai perkhidmatan Grab.

  • Info
  • Layari : Dego
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd