Carian
Huami Hadir Dengan Cip Pemproses Peranti Boleh Pakai Dengan Kecerdasan Buatan Terbina
September 18, 2018 Fahim Zahar

Huami adalah rakan kerjasama Xiaomi yang menghasilkan produk seperti jam tangan pintar, gelang tangan pintar atau banyak siri penjejak kesihatan lain. Huami terkenal dengan siri Amazfit, di mana baru-baru ini baru sahaja melancarkan Amazfit Verge – iaitu jam tangan pintar yang memfokuskan kesihatan dan juga ketahanan bateri selama lima hari.

Bersama-sama dengan pelancaran Amazfit Verge, Huami turut mengumumkan cip pemproses khas untuk peranti boleh pakai – Huangshan No. 1 (MHS001). Menurut Huami, ia adalah cip peranti boleh pakai pertama dunia dengan sokongan kecerdasan buatan. Selain itu, cip ini juga hadir dengan rangkaian neural, empat teras enjin kecerdasan buatan, enjin biometrik jantung, ECG, ECG Pro dan enjin pemantauan jantung abnormal berirama.

 

Menarik sekali buat para pembangun, cip Huangshan No. 1 ini adalah yang pertama dalam dunia yang mempunyai set arahan RISC-V sumber terbuka. Ia mempunyai tiga ciri utama iaitu, drive kecerdasan buatan, prestasi yang pantas dan juga penggunaan kuasa yang minima. Menurut Huami, cip ini juga hadir dengan fungsi Always-On yang baik dan ia mempunyai cipnya 38% lebih baik daripada cip ARM Cortec-M4.

Cip ini juga mampu membuat penjejakan masa nyata, pengesahan biometrik masa nyata, amaran masa nyata dan banyak lagi. Peranti boleh pakai dengan janaan cip ini dikatakan akan mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 2019.

Komen