Hyper Melancarkan Power Bank USB-C Paling Berkuasa – Hadir Dengan 100W Kuasa

Hyper Melancarkan Power Bank USB-C Paling Berkuasa – Hadir Dengan 100W Kuasa

Diterbitkan pada Sep 18, 2018 oleh .

Power Bank adalah aksesori penting bagi pengguna peranti pintar. Lebih-lebih lagi pengguna iPhone. Jika ramai yang kerap merungut, power bank mereka tidak cukup berkuasa atau kapasitinya tidak mencukupi – HyperJuice adalah solusinya. HyperJuice adalah power bank dengan 27000mAh kapasiti dan mempunyai 100W kuasa.

Lebih menarik, power bank ini menggunakan teknologi pengecasan pantas USB Power Delivery 3.0 melalui sambungan USB-C. Power bank ini hadir dengan tiga port sambungan, x2 USB-C (x1 100W dan x1 60W) dan x1 USB-A dengan kuasa 18W. Menurut pihak Hyper, jika pengguna memiliki pengecas 100W – HyperJuice boleh dicas hanya selama 1 jam dari 0%-100%. Manakala, pengecas 60W boleh mengecas selama 1.7 jam.

Mengejutkan, demonstrasi power bank HyperJuice ini memperlihatkan – ia boleh mengecas tiga peranti serentak. Dalam demonstrasi ini, Hyper mengecas MacBook Pro 15-inci melalui sambungan 100W, MacBook Pro 13-inci melalui sambungan 60W dan iPhone X melalui sambungan 18W.

Buat masa ini, HyperJuice hanya hadir melalui laman biayasama Kickstarter. Hyper menawarkan pada harga promosi hanya $149 (~RM618) sahaja. Kelak, jika stok HyperJuice telah tersedia – ia akan dijual pada harga $299 (~RM1240).


TIPS & ULASAN