Video Acah Huawei Mate 20 Mengesahkan Pengguna Tri-Kamera

Video Acah Huawei Mate 20 Mengesahkan Pengguna Tri-Kamera

Diterbitkan pada Sep 18, 2018 oleh .

Penggunaan tri-kamera pada Huawei Mate 20 sebenarnya bukan lagi rahsia kerana imej peranti ini telahpun tertiris beberapa kali ke arena web. Namun pengesahan konfigurasi kamera terkini untuk peranti Mate ini akhirnya disahkan menerusi video acah yang telahpun dikongsi oleh akaun Weibo rasmi Huawei semalam.

Imej kotak di atas mengesahkan tri-kamera pada Mate 20 kelak akan disusun dalam bentuk segi-empat sama dengan susunan 2X2. Huawei Mate 20 ini akan menjadi peranti pertama yang menggunakan pemproses Kirin 980. Ini turut menjadikannya peranti keempat selepas iPhone XS, XS Max dan XR yang dilengkapi pemproses berteknologi 7nm. Huawei Mate 20 akan diumumkan secara rasmi pada 16 Oktober hadapan.


TIPS & ULASAN