Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia merupakan salah satu agensi yang penting dan menjadi fokus ramai kerana mengendalikan perkhidmatan telekomunikasi dan sebagainya. Terkini, menurut beberapa laporan baru, ia dikatakan CEO Pos sedia ada, iaitu Al-Ishsal Ishak akan menerajui suruhanjaya berkenaan tidak lama lagi.
Al-Ishsal masih menjadi CEO Pos Malaysia buat masa ini, dan tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan beliau sebagai pengerusi SKMM diumumkan buat masa ini. Ia juga tidak diketahui lagi siapakah akan menggantikan beliau di Pos Malaysia sekiranya laporan baru ini benar.
Sebelum ini, Al-Ishsal juga turut pernah menjadi ahli lembaga MDEC, selain pernah menjadi CEO Baraka Telecom, dan turut menjadi konsultan untuk Airbus Group.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kerajaan akan mengumumkan pelantikan pengerusi SKMM yang baru ini secara rasminya.