Cari @ Amanz

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX terbaru yang hadir dengan teknologi Ray Tracing telah diperkenalkan oleh Intel baru-baru ini. MSI dilihat diantara jenama yang akan hadir dengan sebuah siri komputer yang akan menggunakan kad grafik tersebut.

Komputer tersebut dinamakan MSI Trident X, iaitu model terbaru dalam siri komputer MSI Trident yang bersaiz kecil (10 liter) yang hadir dengan komponen-komponen berkuasa tinggi.

Dari segi rekaan, komputer MSI Trident X ini akan hadir dengan saiz yang sama berbanding dengan model-model MSI Trident yang lain, dan akan hadir dengan kipas penyejuk Silent Storm Cooling yang akan menyejukkan kedua-dua CPU dan juga kad grafik.

Buat masa ini, spesifikasi khusus seperti butiran CPU, memori, storan dan model kad grafik yang akan digunakan masih belum diumumkan lagi, tetapi MSI telah mengesahkan bahawa ia akan menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang terbaru, seperti RTX 2080 Ti, RTX 2080 dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd