ADATA Memperkenalkan Storan SSD Bersaiz Kerdil Untuk Kegunaan Tablet, Laptop Nipis Dan Peranti Berhubung

ADATA Memperkenalkan Storan SSD Bersaiz Kerdil Untuk Kegunaan Tablet, Laptop Nipis Dan Peranti Berhubung

Diterbitkan pada Sep 18, 2018 oleh .

Peranti-peranti elektronik seperti tablet, laptop dan komputer semakin kecil, dan komponen-komponen yang digunakan dalam peranti-peranti ini juga semakin kecil dan nipis.

ADATA, sebuah syarikat yang terkenal dengan produk-produk storan digital mereka telah memperkenalkan sebuah komponen storan SSD PCIe baru yang dinamakan ADATA IUSP33F PCIe BGA (Ball Grid Array) SSD.

SSD ini hadir dengan rekabentuk yang 80 peratus lebih kecil daripada SSD PCIe M.2 2242 yang diantara storan SSD terkecil di pasaran sekarang. Ia menggunakan teknologi memori flash 3D, dan dari segi sambungan ia menyokong sambungan PCIe 3.0 x2 dan NVMe 1.3, yang membolehkannya menghantar dan menerima data pada kelajuan 940MB/s dan 1145MB/s.

Dari segi jumlah storan, SSD ADATA IUSPF334 ini hadir dengan pilihan storan 128GB dan 256GB. Apa yang lebih menarik lagi ialah ia hadir dengan ciri Host Memory Buffer, dimana peranti boleh menggunakan sebahagian daripada storan SSD ini sebagai memori, yang membolehkan pembuat peranti tidak perlu bergantung kepada cip memori untuk RAM.

Dengan SSD ADATA IUSP33F PCIe BGA ini, pembina peranti boleh membina komputer dan peranti-peranti pintar yang lebih kecil dan nipis berbanding sebelum ini, yang akan hadir dengan storan yang bukan sahaja besar, tetapi juga pantas.


TIPS & ULASAN