Cari @ Amanz

Google Sound Search Kini Lebih Baik Disebabkan Now Playing Dari Pixel 2

Link Copied!

Di masa kini, banyak muzik yang apabila didengar sangat mengasyikkan. Tetapi tidak semua lagu pendengar mengenali tajuk lagu atau penyanyinya. Jadi, teknologi pengecaman muzik hadir – contohnya ‘Shazam‘. Tetapi tahukah anda, Google di Android turut mempunyai fungsi yang lebih kurang sama – iaitu Sound Search.

Sound Search oleh Google menggunakan mikrofon peranti untuk mengecam dan menggunakan enjin carian Google untuk mencari muzik. Pada awalnya, ia hadir melalui widget – cuma dalam Android yang terkini ia hadir secara terbina dalam Google Assistant. Fungsi ini kini lebih baik dan pantas disebabkan wujudnya fungsi ‘Now Playing‘ pada Pixel 2.

Now Playing pada Pixel 2 menggunakan rangkaian neural dan ia adalah pantas dan turut berfungsi secara luar talian. ‘Now Playing‘ juga akan memaparkan hasil carian pada skrin ambient display dan talam notifikasi. Kemudian, ‘Now Playing‘ ini adalah sangat efisyen dan baik. Kini, pada Google Assistant Sound Search – teknologi yang lebih kurang sama diaplikasikan kepadanya.

Disebabkan Google Assistant menggunakan sistem bahagian pelayan, ia hanya berfungsi dengan talian internet. Tetapi, ia kini adalah lebih pantas dan efisyen. Jika lagu-lagu yang dikesan adalah popular, jumlah kuasa pemprosessan yang digunakan adalah kurang dan lebih baik.

Tetapi atas cubaan saya sendiri, buat masa ini hanya muzik yang popular di peringkat global atau dunia sahaja yang boleh dikesan. Lagu-lagu tempatan seperti Bobo Di Mana atau Police Entry masih belum boleh dikesan. Mungkin akan datang, pangkalan data Google akan lebih meluas untuk mengesan lagu-lagu tempatan yang hebat.


Komen ()