Cari @ Amanz

Lebih kurang dua bulan lalu, Qualcomm memperlihatkan kelajuan cip modem mereka. Cip daripada Qualcomm ini boleh mencecah 192% lebih pantas daripada cip Intel yang digunakan pada iPhone. Kini, SpeedSmart iaitu syarikat yang menyediakan perkhidmatan menguji kelajuan internet peranti memperlihatkan kelajuan internet pada iPhone XS dan XS Max.

Ujian yang dilakukan memberi keputusan yang sedemikian;

Seperti ujian Qualcomm dahulu, SpeedSmart hanya menguji kelajuan berdasarkan pelan telko di Amerika Syarikat. iPhone XS dan iPhone XS Max mempunyai sedikit lebih laju berbanding iPhone X lama. Ini kerana dua iPhone baru ini hadir dengan 4×4 MIMO – yang memperbaiki kelajuan internet dan juga memberi jarak yang lebih baik.

Akan tetapi, pembaharuan ini hanya wujud di iPhone XS dan iPhone XS Max. iPhone XR masih lagi menggunakan 2×2 MIMO, jadi tidak ada banyak beza dengan iPhone X 2017. Apa-apa pun, cip modem dari Intel masih jauh lagi perlahan daripada Qualcomm. Mungkin satu hari nanti Apple hanya boleh memilih sama ada cip intel Qualcomm atau kekal dan tunggu Intel menghasilkan cip modem yang lebih baik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd