Cari @ Amanz

HMD Global hari ini telah menghantar jemputan media khas, dimana mereka menjadualkan acara pengenalan dua telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 6.1 Plus dan juga Nokia 5.1 Plus.

Nokia 6.1 Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.8-inci bertakuk, cip Snapdargon 636, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia dilengkapi kamera belakang 16+5 megapixel, selain kamera hadapan 16-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini juga bateri berkapasiti 3060mAh.

Nokia 5.1 Plus pula hadir dengan skrin 5.86-inci IPS LCD, cip MediaTek Helio P60, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Peranti ini turut menyertakan dwi-kamera belakang 13+5 megapixel, selain kamera 8-megapixel untuk swafoto.

Kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran variasi model untuk kedua-dua peranti ini di Malaysia, selain harga jualannya juga bakal diumumkan pada 26 September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd