Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah hadir dengan penawaran yang dinamakan Google Play Family Link yang membolehkan pengguna berkongsi pembelian aplikasi dan permainan dari Google Play Store bersama ahli keluarga yang lain dengan mudah. Walaubagaimanapun, sejak ia diperkenalkan pada 2016, ciri ini hanya terhad untuk beberapa negara sahaja.

Kini, nampaknya Google telah dalam persediaan memperkenalkan ciri baru ini secara rasmi dengan lebih meluas – termasuk untuk pasaran Malaysia.

Google Play Family Link

Google Play Family Link

Bermula hari ini, sejumlah pengguna dilihat telah menerima akses kepada Google Play Family Link ini. Pengguna boleh mengaksesnya melalui Google Play Store, mengaktifkannya, menambah ahli keluarga untuk berkongsi kandungan, dan mula berjimat dalam penggunaan.

Dengan sokongan ini, anda boleh membeli permainan dan aplikasi – seterusnya berkongsi dengan ahli keluarga lain sesuatu pembelian. Ini secara tidak langsung menjimatkan lagi perbelanjaan di dalam sesuatu keluarga – selain membolehkan anda membeli satu kandungan dan menggunakannya pada beberapa akaun lain dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh mengakses tetapan baru ini melalui halaman tetapan pada Google Play Store.

Tips daripada MamatCyber. Terima kasih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd