Carian
Mozilla Melancarkan Pelayar Web Untuk Realiti-Maya – Firefox Reality
September 18, 2018 Aman

Mozilla sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk hadir dengan sebuah pelayar web khusus untuk peranti realiti-maya, dan hari ini Mozilla telah pun melancarkannya secara rasmi, dinamakan sebagai Firefox Reality.

Firefox Reality memfokuskan penggunaan teknologi realiti-maya dan juga realiti-gabungan. Buat masa ini, ia ditawarkan untuk HTC Vive, Oculus, dan juga peranti berasaskan Google Daydream.

Firefox Reality

Firefox Reality hadir dengan enjin Quantum yang turut digunakan pada pelayar web utama Firefox, selain turut dilengkapi dengan sokongan papan kekunci maya, dan ciri-ciri privasi seperti biasa.

Dengan penawaran pelayar web ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk melayari web yang diinginkan dengan pantas ketika sedang menggunakan set realiti-maya mereka.

Bagi anda yang mempunyai set realiti-maya, anda boleh memuat-turun Firefox Reality ini hari ini, dan menggunakannya dalam melayari web pada arena AR dan VR.

Komen