Cari @ Amanz

BlueStacks merupakan salah satu perisian yang ditawarkan untuk pengguna komputer dalam usaha memudahkan mereka menjalankan aplikasi Android terus pada skrin komputer. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terbaru perisian berkenaan, iaitu BlueStacks 4.

BlueStacks 4

BlueStacks 4 memfokuskan kepada prestasi yang lebih pantas ketika menjalankan sesuatu aplikasi melaluinya. Menurut pembangun BlueStacks, ia didapati BlueStacks 4 menawarkan prestasi berkali ganda lebih laju berbanding Galaxy S9+.

BlueStacks 4 juga dilihat lebih memberikan penekanan kepada memainkan permua pada skrin besar, dan memberikan anda pengalaman yang lebih baik melaluinya.

Bagi anda yang sering menggunakan aplikasi Android pada komputer, mungkin boleh mencuba BlueStacks 4 hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd