Cari @ Amanz

Arena permainan video semakin meningkat popular dari hari ke hari, apatah lagi dengan e-sukan yang memacu dihadapan, dan tidak ketinggalan adalah para pemain kasual. Disamping itu, selain penstriman permainan dari konsol dan PC, penstriman daripada peranti mudah-alih juga semakin meningkat dari hari ke hari.

Dengan populariti ini, semestinya Google tidak ingin mengalah kepada Twitch yang dimiliki Amazon. Hari ini, Google mengumumkan beberapa perancangan berkaitan arena ini melalui YouTube.

YouTube sebelum ini sedia mengumumkan pengenalan YouTube Gaming. Ia ketika itu diperkenalkan dalam bentuk aplikasi khusus, selain halaman khas melalui web. Hari ini, YouTube mengumumkan yang mana meeka ingin lebih mengintegrasikan kandungan secara keseluruhan.

YouTube Gaming

Sebagai langkah awal, aplikasi YouTube Gaming diumumkan bakal dihentikan bermula Mac 2019 kelak. Memandangkan sejumlah ciri dari YouTube Gaming seperti Super Chat, tema gelap dan sebagainya telah hadir pada penawaran YouTube biasa, maka perubahan ini mungkin tidak memberikan impak tinggi.

Disamping itu, hab baru YouTube Gaming turut diperkenalkan dalam memudahkan pengguna lebih menemui kandungan permainan video yang menarik. Malah, YouTube mengatakan akan menawarkan sejumlah kandungan mengkhususkan sesuatu negara bermula dari Amerika Syarikat.

Dengan lebih 200 juta pemain video menggunakan YouTube untuk berkongsi kandungan, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak penambahan ciri-ciri baru pada perkhidmatan video terkemuka berkenaan dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd