Ini Adalah Antaramuka Samsung Experience 10 Berasaskan Android Pie

Ini Adalah Antaramuka Samsung Experience 10 Berasaskan Android Pie

Diterbitkan pada Sep 19, 2018 oleh .

Samsung setakat ini masih belum memberikan tarikh rasmi bilakah peranti mereka akan mula menerima kemaskini Android Pie. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana mereka tidak terkenal dengan kepantasan memberikan kemaskini sistem operasi kerana menggunakan pelancar Samsung Experience. Antaramuka baharu Samsung Experience 10 walau bagaimanapun sudahpun tertiris menerusi laman XDA Developer dan ia membawakan beberapa perubahan yang menarik.

Buat pertama kali Samsung Experience akan menyokong tema gelap. Fungsi ini kali pertama kali lihat semasa menggunakan OxygenOS pada peranti OnePlus. Ini dapat menjimatkan penggunaan bateri pada peranti Samsung yang dilengkapi skrin SAMOLED. Butang navigasi atas skrin juga mengalami perubahan sehingga kelihatan lebih minimalis. Kerana pengguna Android Pie, butang navigasi boleh digantikan dengan sistem kawalan berasaskan gesture.

Skrin multi-tugas kini menatal ke sisi seperti yang digunakan pada Android Pie asli. Pada tetapan skrin wujud pilihan untuk fungsi “Lift to Wake”. Setelah bertahun menantikan fungsi ini ia akhirnya disokong secara rasmi oleh Samsung. Antaramuka kamera juga telah dinaiktaraf dengan butang khusus untuk zoom optikal menggantikan butang “2X” yang sebelum ini agak kecil dan sukar diakses.

Untuk melihat koleksi penuh kesemua antaramuka baharu Samsung Experience 10 yang berasaskan Android Pie, anda boleh melawati pautan sumbar asal di bawah.


TIPS & ULASAN