Harga Jualan Asus ZenFone Max Plus M1 Dan ZenFone 4 Max Kini Bermula Dari RM 399
Artikel Berkaitan

Harga Jualan Asus ZenFone Max Plus M1 Dan ZenFone 4 Max Kini Bermula Dari RM 399

Diterbitkan pada Sep 19, 2018 oleh .

Harga jualan peranti majoritinya kekal selepas pengenalan SST awal bulan ini. Tetapi apa yang diinginkan oleh pengguna sebenarnya adalah peranti yang lebih murah. Jika anda tergolong di dalam kumpulan ini, harga jualan dua peranti Asus ZenFone Max Plus M1 dan ZenFone 4 Max telah dikemaskini menjadikannya lebih mampu milik. Asus Zenfone Max Plus M1 dijual pada harga RM 499 berbanding harga asal RM699. Asus Zenfone 4 Max pula dijual pada harga RM399 berbanding harga asal RM499.

Asus Zenfone Max Plus M1 hadir dengan skrin 5.7-inci dengan nisbah 18:9, menggunakan cip MediaTek MT6750T, memori sehingga 4GB RAM dam storan sebesar 32GB. Pada bahagian kamera belakang, ia menggunakan dwi-kamera 16MP+16MP, sementara untuk rakaman selfie ia menggunakan kamera 16MP. Asus menggunakan bateri berkapasiti 4130mAh bersama-sama dengannya.

Asus Zenfone 4 Max yang hadir dengan skrin 5.2-inci, cip Snapdragon 425, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Peranti ini memfokuskan penawaran bateri, dimana ia hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh – selain turut menyertakan dwi-kamera di-belakang, menggabungkan sensor 13MP dan 5MP. Asus Zenfone 4 Max turut menggunakan kamera selfie 8-megapixel.


TIPS & ULASAN