MIUI 10 adalah sistem operasi berasaskan Android yang dibangunkan oleh Xiaomi untuk peranti mereka. Ia hadir dengan rekaan antaramuka baru mirip gabungan iOS dan Android 9.0 Pie. Kini, MIUI 10 versi stabil sudah tersedia buat Xiaomi Mi 8 dan Mi Mix 2S.
Menarik dengan MIUI 10 ini adalah ia mempunyai integrasi kecerdasan buatan pada keseluruhan sistem. Jika anda sedang menggunakan MIUI 10 versi beta, kemaskini OTA akan hadir secara berperingkat. Namun, jika anda masih berada di MIUI 9 – anda boleh kemaskini dengan Recovery ROM.
Walau bagaimanapun, MIUI 10 versi stabil ini masih lagi dalam versi Android Oreo. MIUI berasaskan Android Pie masih diuji untuk ROM versi China buat masa ini.
- Muat Turun MIUI 10 Global Stable Xiaomi Mi 8
- Muat Turun MIUI 10 Global Stable Xiaomi Mi Mix 2S